Lemah badan aku rasanya. Kaki aku terasa berat nak melangkah. Aku gagahkan juga untuk follow kawan-kawan aku ke kantin. Aku order air milo je. Aku tak ada selera nak makan. Lebih-lebih lagi bila pikirkan.. Ahhh!!! Nak pikir lagi pun aku tak kuasa. Aku lihat kiri. Aku lihat kanan (macam nak melintas jalan pulak.. Hahak..). Belakang depan pun aku lihat. Tak ada apa yag aku cari. Lebih tepat lagi orang yang aku tunggu kunjung tiba. Aku menarik nafas lega. Air milo aku habis setelah sekali aku sedut je.
“Kenapa kau ni, Haris?,” soal Kamal merangkap kawan baik aku.
“Biasa je,” jawabku.
Kamal bangun mencuci tangannya di sink. Aku ikut bangun. Zaki pun buat perkara yang sama. Kitaorang berlalu dari kantin sesudah Kamal mencuci tangannya. Zaki pula yang bertanya keadaan aku. Aku tak jawab. Aku diam je. Lepas ni korang tahulah kenapa. Aku bermonolog dalam hati. Aku pun dah rasa aura-aura tak sedap hati ni. Ni tandanya, memang dia dah nak dekat. Boleh pulak main rasa-rasa.
“Kau balik dulu kelas. Aku ada hal kejap,” ujarku pada Kamal dan Zaki.
Aku cepat-cepat ghaib dari pandangan Kamal dan Zaki. Tercegang dua orang tu bila aku blah macam tu je. Aku buat acara pecut jap. Lama-lama tu langkah aku jadi slow motion balik. Aku tercungap-cungap. Rasanya selamat dah kat sini ni. Tak ada orang yang akan jumpa aku kat sini. Aku duduk di kerusi yang terdapat di taman mini tu. Memang jarang orang datang kat sini. Sebabnya kata diaorang tempat ni tak ada class. Macam kebun belakang rumah datuk mereka je katanya. Kecuali sesetengah budak perempuan lar yang suka datang petik bunga kat sini. Biasalah perempuan. Hah?? Perempuan. Tiba-tiba aku tersedar.
Geliga sangat otak aku ni sampai boleh pikir tempat ni. Peluang untuk bertembung ni memang ada padahal aku nak hindarkan diri aku dari dia. Aku menyesal pulak datang kat sini. Tapi nasib baik, aku belum jumpa lagi. Aku ambil keputusan nak cau dari situ. Aku sapu debu yang melekat kat tangan aku. Kemudian aku tengok keadaan sekeliling. Line clear. Cepat-cepat aku berjalan.
“Haris,” sahut satu suara.
Dah mai dah. Dah mai dah. Aku buat tak dengar. Siti panggil sekali lagi. Aku still buat tak dengar. Sambil tu kaki aku menapak luas. Kali ni, Siti panggil aku dengan lebih kuat. Aku dapat rasakan yang dia tidak jauh di belakang aku. Nak berhenti, tak nak. Nak berhenti, tak nak. Aku pikir-pikir. Aku break mengejut bila terpandang seseorang di depan aku. Siti jatuh terjelopok. Aku tak endahkan dia. Biar dia bangun sendiri. Ada kaki kan. Siti landing atas tanah. Alah biasa je. Setakat jatuh terduduk. Kesian pula aku tengok. Siti bangun dan aku kaku di situ menyaksikan drama di depan aku.
“Ira, dengar aku cakap dulu,” rayu dia.
“Au tak nak dengar. Kau bohong,” kata Ira sedikit keras.
Untung tidak ramai orang yang ada di situ. Aku bagai terpukau dan Siti juga terus lupa tujuan dia yang asal. Aku pandang perempuan yang aku selamatkan seminggu yang lepas. Di sisi dia terdapat tiga orang perempuan dan sorang lelaki. Budak perempuan nama Ira yang dia duk asyik panggil tu merentap tangannya dari pegangan dia. Aku lihat budak lelaki tu pula senyum sinis. Aku malas nak kacau rumahtangga orang. Lalu aku berjalan melintasi diaorang. Siti pula tentunya mengikut aku dari belakang. Macam tak ada kerja lain!
********************************
Ni la sebabnya aku tak suka bila tahu Siti nak pindah sekolah aku. Aku pun baru sebulan pindah sekolah ni. Tak begitu menyesuaikan diri lagi. Tambah pula masalah yang datang ni. Budak Siti ni memang kerja dia duk mengekori aku sepanjang masa. Dah tu tak reti pulak nak panggil aku abang. Padahal aku ni lebih tua daripada dia. Ni yang boleh buat orang lain salah faham ni. Kalau dia panggil aku abang tu ok sikit. Mesti orang ingat dia adik aku. Kalau aku dapat larikan diri hari-hari tak apa lar. Tapi mustahil. Kalau dia tak pindah sini tu sejuta kali lebih bagus. Banyaknya kalau… (angan-angan mat jenin semata-mata!).Aku ingat lagi kenapa aku boleh trauma dengan Siti ni.
Aku sedang bersenang-lenang bermain ps2. Dah macam-macam gaya aku buat atas sofa ni.. Kuak lentang,kuat sotong, kuak rama-rama dsb. Rumah orang aku buat macam rumah sendiri. Hahaha. Tak kisah lar. Rumah mak saudara aku kira macam rumah aku jugak. Dari mana aku cedok ayat tu. Memandai je. Dengan keselambaannya, Aku berguling-guling di atas karpet made in Itali ni sebab kalah main ps2. Selesa betul. Hahaha. Nak buat macam mana kat rumah aku mana ada karpet made in Itali. Karpet beli kat bundle ada la. Huhu.
Skrin tv LG yang besar gedabak tu tiba-tiba gelap. Ha’a tak tau. Ha’a tak tau. Aku cemas. Tak ada elektrik agaknya. Aku cuba bertenang. Au check tv tu. Nak sentuh tak berani. Aku cuma meneliti sambungan wayar tv ni. Aku terperasankan sesuatu. Siti menyandar selesa di dinding rumahnya. Tersenyum pada aku dengan gaya yang paling ayu. Budak ni, aku tak goyah pun. Nenek kita senyum pun lebih cantik lar.
Siti menggoyang-goyangkan wayar di hadapnnya. Fuh! Lega aku. Bukan aku yang apa-apakan tv ni. Siti rupanya. Siti tak berganjak di kedudukannya. Lama kami berkeadaan begitu. Naik bosan aku dengan budak ni. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu itu semula. Aku tak heran la kalau kau tak nak bagi aku main ps2 kau punya. Hambik la. Simpan buat pusaka! Aku ambil majalah di atas meja. Ujang. Fevret aku. Huhu. Si budak Siti ambil tempat di depan aku. Aku buat-buat tak perasaan. Fokus betul aku baca majalah ni. Padahal dah 10 kali aku ulang baca. Agak-agak aku duk layan majalah Ujang, Siti menyapa mengganggu pembacaan aku.
“Haris buat apa?,” sapa Siti.
Pandai budak ni. Depan mak bapak dia panngil aku abang. Konon hormat. Belakang? Habis hilang terus panggilan abang. Aku angkat majalah Ujang tinggi. Aku tunjukan padanya. Malas aku nak menjawab. Sedangkan dia nampak aku duk membaca. Siti ketawa kecil. Aish? Sewel apa? Tak kan tengok corver majalah Ujang ni pun dah kelakar. Aku buat tak tahu. Memang aku tak tahu pun kenapa budak di ketawa. Tiba-tiba rasa tak ada mood nak baca majalah ni lagi. Aku menapak bangun.
“Haris, Siti nak cakap sikit,” ujarnya membuatkan aku berpaling semula.
“Ada apa Siti,” Aku menjawab elok.
“Duduk dulu. Penting ni,” Siti mempelawa aku duduk.
Aku ikutkan cakap Siti. Mungkin ada hal yang serius dia nak bagi tahu aku. Sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat dan aku tak boleh bertahan lagi. Siti masih berteka-teki dengan aku. Aku hilang kesabaran nak tunggu. Aku cakap terus-terang.
“Siti nak cakap apa? Letih abang Haris tunggu Siti cakap,” nada aku lembut memberitahu.
“ Sebenarnya… Sebenarnya…,” Siti tergagap-gagap.
Aku masih menanti perkataan yang nak keluar dari mulut Siti dengan kesabaran yang semakin menipis. Aku cuak. Siti ragu-ragu. Aku tenang (dalam hati???? Umh,, sempat aku tidur tunggu Siti cakap). Siti menguis-nguis karpet di kakinya. Aku marah-marah dalam hati. Siti dup dap dup dap dup dap. Aku pelik tahap dewa tengok Si Siti ni macam kura-kura nak cakap. Siti malu tahap dewi. (Ada ke? Hehe.. ). Kami berjeda beberapa saat.
“Sebenarnya,” Siti ulang lagi.
“Dan sebenarnya ku mengharapkan,
Di sebalik senyumanmu itu,
Kau juga merindui aku…..,” aku nyanyi.
Terlepas ketawa aku. Macam kelakar sangat. Aku stop gelak bila tengok Siti suka tak suka je dengan lawak aku. Siti bagi respon lepas aku habis gelak. Dia mendekat. Semakin mendekat. Dekat dan dekat. Dekat lagi. Lagi. Aku berdebar-debar. Siti cuba… Aku gugup. Siti cuba duduk di sebelah aku. Aku melompat. Gila siot. Berani budak ni. Meremang bulu tengkuk aku. Bedebuk!! Buah nangka jatuh dari pohon. Cilakak!! Aku jatuh atas lantai marmar. Krek! Krek! Bunyi tulang aku. Boleh patah tulang belakang aku. Ouch. Sakitnya.. Aku menggosok-gosok belakang aku. Aku menahan kesakitan.
“Itu yang Siti nak cakap kat Haris,” ucap Siti bergema-gema di pendengaran aku.
“Apa?,” aku tak mengerti.
“Dan sebenarnya ku mengharapkan,
Di sebalik senyumanmu itu,
Kau juga merindui aku…..,” Siti luahkan perasaan dia.
APA?? Siti apa?? Siti… dia… aku… rindu… NO WAY! Aku bingkas bangun apabila Siti merapati aku. Walaupun berkias, aku tak lembab untuk faham maksud Siti. Aku tak tahu nak cakap apa. I’m speechless. Kita sepupu. Aku cuba nak sampaikan pada Siti. Tapi mulut aku terkunci rapat. Peluh membasahi dahi aku. Aku sakit jantung. Aku tekan-tekan dada aku. Oksigen. Aku perlukan oksigen.
“Abang Haris nak keluar ambik angin,” ujarku perlahan. Aku berlalu dengan terinjut-injut.
************************

0 comments:
Post a Comment