BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

cantikpdhati

Friday, February 4, 2011

BAB 3



Lemah badan aku rasanya. Kaki aku terasa berat nak melangkah. Aku gagahkan juga untuk follow kawan-kawan aku ke kantin. Aku order air milo je. Aku tak ada selera nak makan. Lebih-lebih lagi bila pikirkan.. Ahhh!!! Nak pikir lagi pun aku tak kuasa. Aku lihat kiri. Aku lihat kanan (macam nak melintas jalan pulak.. Hahak..). Belakang depan pun aku lihat. Tak ada apa yag aku cari. Lebih tepat lagi orang yang aku tunggu kunjung tiba. Aku menarik nafas lega. Air milo aku habis setelah sekali aku sedut je.

“Kenapa kau ni, Haris?,” soal Kamal merangkap kawan baik aku.

“Biasa je,” jawabku.

Kamal bangun mencuci tangannya di sink. Aku ikut bangun. Zaki pun buat perkara yang sama. Kitaorang berlalu dari kantin sesudah Kamal mencuci tangannya. Zaki pula yang bertanya keadaan aku. Aku tak jawab. Aku diam je. Lepas ni korang tahulah kenapa. Aku bermonolog dalam hati. Aku pun dah rasa aura-aura tak sedap hati ni. Ni tandanya, memang dia dah nak dekat. Boleh pulak main rasa-rasa.

“Kau balik dulu kelas. Aku ada hal kejap,” ujarku pada Kamal dan Zaki.

Aku cepat-cepat ghaib dari pandangan Kamal dan Zaki. Tercegang dua orang tu bila aku blah macam tu je. Aku buat acara pecut jap. Lama-lama tu langkah aku jadi slow motion balik. Aku tercungap-cungap. Rasanya selamat dah kat sini ni. Tak ada orang yang akan jumpa aku kat sini. Aku duduk di kerusi yang terdapat di taman mini tu. Memang jarang orang datang kat sini. Sebabnya kata diaorang tempat ni tak ada class. Macam kebun belakang rumah datuk mereka je katanya. Kecuali sesetengah budak perempuan lar yang suka datang petik bunga kat sini. Biasalah perempuan. Hah?? Perempuan. Tiba-tiba aku tersedar.

Geliga sangat otak aku ni sampai boleh pikir tempat ni. Peluang untuk bertembung ni memang ada padahal aku nak hindarkan diri aku dari dia. Aku menyesal pulak datang kat sini. Tapi nasib baik, aku belum jumpa lagi. Aku ambil keputusan nak cau dari situ. Aku sapu debu yang melekat kat tangan aku. Kemudian aku tengok keadaan sekeliling. Line clear. Cepat-cepat aku berjalan.

“Haris,” sahut satu suara.

Dah mai dah. Dah mai dah. Aku buat tak dengar. Siti panggil sekali lagi. Aku still buat tak dengar. Sambil tu kaki aku menapak luas. Kali ni, Siti panggil aku dengan lebih kuat. Aku dapat rasakan yang dia tidak jauh di belakang aku. Nak berhenti, tak nak. Nak berhenti, tak nak. Aku pikir-pikir. Aku break mengejut bila terpandang seseorang di depan aku. Siti jatuh terjelopok. Aku tak endahkan dia. Biar dia bangun sendiri. Ada kaki kan. Siti landing atas tanah. Alah biasa je. Setakat jatuh terduduk. Kesian pula aku tengok. Siti bangun dan aku kaku di situ menyaksikan drama di depan aku.

“Ira, dengar aku cakap dulu,” rayu dia.

“Au tak nak dengar. Kau bohong,” kata Ira sedikit keras.

Untung tidak ramai orang yang ada di situ. Aku bagai terpukau dan Siti juga terus lupa tujuan dia yang asal. Aku pandang perempuan yang aku selamatkan seminggu yang lepas. Di sisi dia terdapat tiga orang perempuan dan sorang lelaki.  Budak perempuan nama Ira yang dia duk asyik panggil tu merentap tangannya dari pegangan dia. Aku lihat budak lelaki tu pula senyum sinis. Aku malas nak kacau rumahtangga orang. Lalu aku berjalan melintasi diaorang. Siti pula tentunya mengikut aku dari belakang. Macam tak ada kerja lain!

********************************

Ni la  sebabnya aku tak suka bila tahu Siti nak pindah sekolah aku. Aku pun baru sebulan pindah sekolah ni. Tak begitu menyesuaikan diri lagi. Tambah pula masalah yang datang ni. Budak Siti ni memang kerja dia duk mengekori aku sepanjang masa. Dah tu tak reti pulak nak panggil aku abang. Padahal aku ni lebih tua daripada dia. Ni yang boleh buat orang lain salah faham ni. Kalau dia panggil aku abang tu ok sikit. Mesti orang ingat dia adik aku. Kalau aku dapat larikan diri hari-hari tak apa lar. Tapi mustahil. Kalau dia tak pindah sini tu sejuta kali lebih bagus.  Banyaknya kalau… (angan-angan mat jenin semata-mata!).Aku ingat lagi kenapa aku boleh trauma dengan Siti ni.


Aku sedang bersenang-lenang bermain ps2. Dah macam-macam gaya aku buat atas sofa ni.. Kuak lentang,kuat sotong, kuak rama-rama dsb. Rumah orang aku buat macam rumah sendiri. Hahaha. Tak kisah lar. Rumah mak saudara aku kira macam rumah aku jugak. Dari mana aku cedok ayat tu. Memandai je. Dengan keselambaannya, Aku berguling-guling di atas karpet made in Itali ni sebab kalah main ps2. Selesa betul. Hahaha. Nak buat macam mana kat rumah aku mana ada karpet made in Itali. Karpet beli kat bundle ada la. Huhu.

Skrin tv LG yang besar gedabak tu tiba-tiba gelap. Ha’a tak tau. Ha’a tak tau. Aku cemas. Tak ada elektrik agaknya. Aku cuba bertenang. Au check tv tu. Nak sentuh tak berani. Aku cuma meneliti sambungan wayar tv ni. Aku terperasankan sesuatu. Siti menyandar selesa di dinding rumahnya. Tersenyum pada aku dengan gaya yang paling ayu. Budak ni, aku tak goyah pun. Nenek kita senyum pun lebih cantik lar.

Siti menggoyang-goyangkan wayar di hadapnnya. Fuh! Lega aku. Bukan aku yang apa-apakan tv ni. Siti rupanya. Siti tak berganjak di kedudukannya. Lama kami berkeadaan begitu. Naik bosan aku dengan budak ni. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu itu semula. Aku tak heran la kalau kau tak nak bagi aku main ps2 kau punya. Hambik la. Simpan buat pusaka! Aku ambil majalah di atas meja. Ujang. Fevret aku. Huhu. Si budak Siti ambil tempat di depan aku. Aku buat-buat tak perasaan. Fokus betul aku baca majalah ni. Padahal dah 10 kali aku ulang baca.  Agak-agak aku duk layan majalah Ujang, Siti menyapa mengganggu pembacaan aku.

“Haris buat apa?,” sapa Siti.

Pandai budak ni. Depan mak bapak dia panngil aku abang. Konon hormat. Belakang? Habis hilang terus panggilan abang.  Aku angkat majalah Ujang tinggi. Aku tunjukan padanya. Malas aku nak menjawab. Sedangkan dia nampak aku duk membaca. Siti ketawa kecil. Aish? Sewel apa? Tak kan tengok corver majalah Ujang ni pun dah kelakar. Aku buat tak tahu. Memang aku tak tahu pun kenapa budak di ketawa. Tiba-tiba rasa tak ada mood nak baca majalah ni lagi. Aku menapak bangun.

“Haris, Siti nak cakap sikit,” ujarnya membuatkan aku berpaling semula.

“Ada apa Siti,” Aku menjawab elok.

“Duduk dulu. Penting ni,” Siti mempelawa aku duduk.

Aku ikutkan cakap Siti. Mungkin ada hal yang serius dia nak bagi tahu aku. Sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat dan aku tak boleh bertahan lagi. Siti masih berteka-teki dengan aku. Aku hilang kesabaran nak tunggu. Aku cakap terus-terang.

“Siti nak cakap apa? Letih abang Haris tunggu Siti cakap,” nada aku lembut memberitahu.

                “ Sebenarnya… Sebenarnya…,” Siti tergagap-gagap.

                Aku masih menanti perkataan yang nak keluar dari mulut Siti dengan kesabaran yang semakin menipis. Aku cuak. Siti ragu-ragu. Aku tenang (dalam hati???? Umh,, sempat aku tidur tunggu Siti cakap). Siti menguis-nguis karpet di kakinya. Aku marah-marah dalam hati. Siti dup dap dup dap dup dap. Aku pelik tahap dewa tengok Si Siti ni macam kura-kura nak cakap. Siti malu tahap dewi. (Ada ke? Hehe.. ). Kami berjeda beberapa saat.

                “Sebenarnya,” Siti ulang lagi.

                “Dan sebenarnya ku mengharapkan,
                Di sebalik senyumanmu itu,
                Kau juga merindui aku…..,” aku nyanyi.

                Terlepas ketawa aku. Macam kelakar sangat. Aku stop gelak bila tengok Siti suka tak suka je dengan lawak aku. Siti bagi respon lepas aku habis gelak. Dia mendekat. Semakin mendekat. Dekat dan dekat. Dekat lagi. Lagi. Aku berdebar-debar. Siti cuba… Aku gugup. Siti cuba duduk di sebelah aku. Aku melompat. Gila siot. Berani budak ni. Meremang bulu tengkuk aku. Bedebuk!! Buah nangka jatuh dari pohon. Cilakak!! Aku jatuh atas lantai marmar. Krek! Krek! Bunyi tulang aku. Boleh patah tulang belakang aku. Ouch. Sakitnya.. Aku menggosok-gosok belakang aku.  Aku menahan kesakitan.


            “Itu yang Siti nak cakap kat Haris,” ucap Siti bergema-gema di pendengaran aku.

            “Apa?,” aku tak mengerti.

            Dan sebenarnya ku mengharapkan,
                Di sebalik senyumanmu itu,
                Kau juga merindui aku…..,” Siti luahkan perasaan dia.

                APA?? Siti apa?? Siti… dia… aku… rindu… NO WAY! Aku bingkas bangun apabila Siti merapati aku. Walaupun berkias, aku tak lembab untuk faham maksud Siti. Aku tak tahu nak cakap apa. I’m speechless. Kita sepupu. Aku cuba nak sampaikan pada Siti. Tapi mulut aku terkunci rapat. Peluh membasahi dahi aku. Aku sakit jantung. Aku tekan-tekan dada aku. Oksigen. Aku perlukan oksigen.

                “Abang Haris nak keluar ambik angin,” ujarku perlahan. Aku berlalu dengan terinjut-injut.

************************

Wednesday, February 2, 2011

BAB 2



Gulp! Aku telan air liur. Memikirkan yang aku mungkin dilanggar tadi, tiba-tiba terasa ngeri. Aku menekan-nekan kepalaku yang tba-tiba terasa berpusing. Pening yang teramat. Langkah aku atur semakin laju. Aku ingin cepat-cepat sampai ke rumah. Aku mahu merehatkan badan dan yang penting aku tidak mahu memikirkan apa-apa dalam kepala otak aku. Aku sudah cukup letih.  Tetiba…

“Kenapa kau ikut aku, hah??,” Aku sudah naik berang. Aku dah tak boleh berbudii bahasa time macam ni.

“Motor kat depan tu,” dia menunding jarinya straighttttttt ke depan.

“Aku tau lar!!,” jawabku kasar.

Rupa-rupanya dia mengekori aku dari tadi. Bongoknya aku tak perasaan. Macam mana aku nak perasaan sedangkan aku asyik berkhayal. Nasib baik aku tak ada buat benda yang memalukan. Bukan dah ada ke tadi? Hehehe.. Kenapa nasib aku malang sangat hari ni??? Sudahlah jatuh,, tak cukup dengan tu aku ditimpa tangga pula. Malang memang tak berbau. Siapa yang dapat bau tu, sah dia gila. Hahahaha.

“Mana rumah kau?,” tanyanya mematikan lamunan aku. Sempat lagi aku berangan. Hehe..

“Kenapa,” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Aku asyik ikut dari tadi takut kau tak sayang nyawa dah. Boleh je nak bagi free kat aku,” maksudnya tentang kejadian aku hampir dilanggar tadi.

Ahhh!!! Haprak punya mamat ni! Berdesing telinga aku. Terngiang-ngiang kat telinga aku ni, “……takut kau tak sayang nyawa dah.” Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku marah. Ya! Aku marah. Siapa dia ni? Siapa????????????  Siapa dia nak bagi ceramah tak berbayar kat aku? Aku renyuk-renyukkan baju sekolah aku dengan buku lima aku. Aku tarik nafas. Kemudian  hembus. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Aku jadi tenang semula.
“Dah, kau pergi lah. Aku boleh balik sendiri,” Aku cuba berlembut mengenangkan yang dia ni dah selamatkan nyawa aku dan atas niat suci murni dia dengan ekori aku balik supaya aku tak terlannggar.

“Mana rumah kau??.” Dia ulang semula soalan dia tadi.

Tak faham bahasa ke apa dia ni. Nak aku speaking ke. Mentang-mentang kulit kau putih, kulit aku hitam (sikit. Kot. Huhu..) Aku cuba tak berapi balik. Aku nak cakap baik-baik. Memang untung lar kau sebab aku ni memang baik. Haha. Kalau tak dah aku sembur sejak tadi. Nak mampus kau ikut aku balik. Kejar dek parang dengan ayah aku lar jawabnya.

“Ok. Gnie ok. Aku boleh balik sendiri. Aku jalan elok-elok ni. Nampak aku jalan,” Aku berjalan-jalan di hadapannya.

Aku lihat dia angguk. Mungkin dah boleh proses apa yang aku cakap kat dia. Tadi dia susah sikit nak proses bila aku tak nak aku tak nak dia jadi bodyguard aku sebab aku tak demonstrate. Ai,, kusut aku jadinya. Stress plus kusut, aku pun tak tau sama dengan apa. Dia turn belakang dan  berjalan meninggalkan aku.

“Ira,” Aku sahut nama Ira perlahan.

Sebak menguasai aku. Air mata aku menitis setitik. Jatuh di pipi. Aku kesatnya cepat. Aku tak mahu menjadi emo di sini. Lagi pula, aku bukan minah jiwa. Tak ingin aku jadi jiwa-jiwa ni. Tapi jiwa aku ni memang tengah jiwa sekarang ni. Masalah kau pergilah. Kalaulah sesenang tu aku boleh usir masalah ni dalam kepala otak aku. Aku melepaskan keluhan yang ke sekian kalinya.

***************************




Menyusahkan. Dah lar tak terima kasih langsung kat aku. Kerek punya perempuan. Tak pasal-pasal aku yang kena sound dengan abang motor tadi dan terpaksalah jugak aku yang kena minta maaf dengan dia. Bla bla bla bla……………………………………….Aku membebel dalam hati aku. Puas hati aku.

Aku tengok jam. Alamak! Aku dah lambat. Aku pecut dengan motor cabuk aku. Sempat lagi. Sempat lagi. Aku cuba menenangkan hati aku sendiri. Hakikatnya apa? Hakikatnya memang aku dah terlampau lambat. Akhirnya, selepas lima minit aku memecut dengan motor cabuk aku, sampai juga aku kat sekolah. Berbakul-bakul aku kena marah dengan coach. Semuanya gara-gara aku terlambat. Kawan-kawan aku pula memang tak boleh harap. Ada ke patut diaorang gelakkan aku.

Dengan paksa relanya aku kena balik lambat sebab aku dah terlewat latihan ni. Bukan kehendak aku nak datang lambat. Siapa nak faham kalau aku cakap pun. Tepat jam 6, aku dibenarkan pulang. Sesampainya aku di rumah dah pukul 6.23 petang. Aku terpaksa pula dengar mak aku membebel. Habis je motivasi petang yang mak aku bagi, aku terus mandi dan bersolat asar.

***********************************
Aku menyuap pudding caramel ke dalam mulut aku. Yummmyyyy. Aku suap sekali lagi. Ya! Sedap hingga menjilat ibu jari. Kemudian beberpa suap dan akhirnya licin piring di tangan aku. Aku sambung menonton televisyen di depan aku. Terlebih khusyuk sampai aku tak dengar adik aku dah panggil beberapa kali. Anis menolak bahuku. Aku memberi isyarat tangan supaya dia jangan mengganggu aku. Anis tolak pula dan kali ni lebih kuat sampai aku terdorong ke depan. Nak kena budak ni.

“Apa ni kacau orang tengah tengok tv?,” Aku masih tidak berganjak dari sofa.

“Orang nak bagi informasi berguna tak nak tahu pulak. Kalau begitu meranalah sorang-sorang,” balas Anis.

“Apa dia?,”tanyaku acuh tak acuh.
“Kak Siti….”

Cepat je aku menangkap nama itu bila Anis membuka mulutnya. Kak siti tu panggilan Anis untuk sepupu kami yang muda setahun daripada aku. Aku jadi tidak sedap hati. Perkhabaran apa yang Anis nak sampaikan kepada aku dan kenapa Anis yang tahu dulu sebelum aku. Aku tidak sabar untuk mendengarnya.

“… nak pindah sekolah abang.”

WHAT!!!!????????????,” Aku terlopong mendengar kata-kata Anis.

Aku bet mesti buruk gila muka aku masa ni. Entah-entah dah jadi Shrek. Malapetaka apa yang nak terjadi ni. Aku garu kepala yang tak gatal. Anis? Budak tu dah tersengih macam kambing. Kambing pun aku rasa lebih cantik dari adik aku ni bila dia sengih menyindir kat aku. Aku geleng-geleng kepala aku. Aku tak boleh terima berita ni. Aku memang tak boleh!

“Adik tahu kat mana ni?,” aku soal Anis macam polis menyoal orang jahat.

“Adalah…,” Anis nak permainkan aku masa macam ni pulak.

“Adik, plizzzz cakap kat abang. Anis tahu kat mana,” Aku merayu kat Anis.

“Mak cakap dengan Mak Ngah. Adik terdengar,” Anis menjawab pertanyaan aku bila tengok muka aku macam orang hilang bini.

Aku tak percaya cakap Anis. Masakan budak ni terdengar, ni mesti di curi-curi dengar. Tapi apa-apa  yang dia curi dengar tu mustahil tak betul. Benda ni bukan boleh main-main. Anis tahu hal ni memang tersangat penting untuk abang dia tahu. Habislah hidup aku. Aku meraut mukaku.
**********************************

Tuesday, February 1, 2011

BAB 1


Hei! Kenapa ni?,”nada itu keras tapi masih terkawal.

                Hujung lengan aku ditarik. Aku tidak berpaling. Jauh merenung ke depan. Tapi pandangan aku kosong.  Dia merasa geram. Mungkin kerana aku tidak menjawab pertanyaannya. Mungkin! Argghhh! Apa dia peduli!! Apa dia tahu!! Dilepaskan hujung bajuku yang masih tergenggan di tangannya. Kus,, semangat. Aku lihat dari ekor mataku dia seakan lega.  Aku berjalan kembali. Melangkah…….. Wahid, Isnani, Salasa…

                “Hei!!!!!!,” Sekali lagi. Aku membuat muka bosan.
                Pemandu motor itu menekan brek dengan sepenuh tenaganya. Berhenti betul-betul di depan aku. Aku macam orang bodoh. And again aku ditarik di tepi jalan. Aku ikut aje. Totally macam stupid girl. Pemandu motor itu turun dari motorya. Aku pun tak tahu apa yang dia cakap kat aku dan aku tak kisah. Berkerut-kerut muka dia memarahi aku. Aku buat lagi. Muka bosan.  Pemandu motor tu putus asa nak marah patung bernyawa a.k.a aku. Aku lihat dia meminta maaf pada pemandu motor itu tapi aku tidak menghiraukanya. Aku buat donno. Pemandu motor itu pun berlalu dengan motornya.

                “Hei,, kau nak bunuh diri ke!!!!!!?????,” nada itu sudah menengking. Aku ni macam tak ada nama. Dia ni. 

Hey, hey, you,you.
I never like your girlfriend.

                Wakakakakka. Nyanyi sikit. Kahkahkahakahakahakah… Rupa tak ada iras pun dengan Avril Lagvine. Langsung tak. Aku cakap dalam hati je.  Aku senyum sumbing. Lupa jap pasal masalah aku. Back to the topic. Dia buat sekali lagi. Lagi. Huh!!  Aku buat muka annoying. Dia?? Dia buat muka cam mafia dalam cite cina yang selalu aku tengok.


                “Hei…..,”

                Kan aku dah cakap. Dia ni memang suka sangat dengan perkataan tu.  

                “Bila aku cakap dengar. Bila aku tanya jawab. Susah sangat ke??,” dia bertanya. Lebih kepada menyindir.

                “Erm,” aku menjawab sepatah.

                Dia mengangkat keningnya. Berlakon macam terkejut dengar suara aku. Nak menyindir lar tu. Apa kau ingat aku bisu plus pekak. Gila perasaan! Aku bagi jelingan maut. Dia buat biasa. Tak terasa dengan jelingan maut aku. Teringat pula aku…….

Menjeling-menjeling,
Mata kita sama bertentang,

                Huhuhuhu.

                “Nak ke mana?,” soalnya.

                “Balik,” ujarku membalas pertanyaannya.

************************************

NOVEL BUDAK BARU BELAJAR


PERJANJIAN 7 HARI